28 January, 2009

Before balik kuantan semalam huhuuhu..paksa2 mr.deanx gie jalan2 kat bukit tinggi.. so kita org angkut anak2 sedara dia sekali...bagus jugak bawak budak2 nie blh tolong amik kan gambar lagipun selamat dari sebarang fitnah.. AKu igtkan dekat kaki bukit ajo kawasan nyur..namun teka ku salah berlaka...Nun jauh x laa puncak sgt..tapi cukup laa wat aku pening2 nyamukk..

Sampai ajo kena tahan dekat tol..Weiii aku igtkan free.. rupa2 nyur kena bayor yurr.. RM 10 utk dewasa n Kanak2 RM 8.. pastu ada laa Tram yg akan angkut korang gie taman jepun dkt atas bukit lagi satu...




habis meronda dekat situ dekat 2 jam... masa nak balik nampak laa Datuk J ( jalaludin hassan ) tgh holiday ngan family dia.. tapi xder laa kejar teman nak gie amik gambar ngan dia.. aku nie x laa sakai + jakun sgt nak amik gambar ngan artis nie..

Abis jalan2 moh kite pulang ke kontan laa pulak weiii...

24 January, 2009

GONG XI FA GHOI...

kepada semua kaum china dimuka bumi nie n moyang2 ku dahulu...saya ingin menyampaikan mohor2 besar bahawa korang punya raya isnin nie...Jadi aku ingin mengucapkan Selamat tahun baru korang aaa...

Dengan Ucapan Makan Limau beringat2 sikit..nnt sakit tekat sapa susah x lupa jugak korang jgn nak gedik2 naik kan harga barang..hahaha

16 January, 2009

Korang tau naper aku punya tajuk macam tue...tapi ini betul2 terjadi bukan cobaan.......



Perkara nie terjadi pada bulan lepas@ tahun lepas... Sebab aku nie bukan laa kaki rewang dan tiada aktiviti atau lebih tpt saya xmo kena marah ngan myhubby2b pada waktu malam yg menyebabkan aku nak keluar jalan2 di bandar kuantan yg sekangkang gergasi..mungkinkah??


Tgh bergolek2 di depan Tv ber sama hsmate aku.. mcm biasa iklan di TV3 selang 5 minit ngan cerita yg x seberapa... keluar laa iklan nie..


"mana camelia" cina tue tanya pastu dia cakap lagi..


" jgn salahkan saya kalau dia x cantik".... macam nie laa yg aku igt dia cakap..


tiba-tiba camelia pun sampai ngan senyum2 ngan x cakap mintak maaf or rasa bersalah..


mack up artis yg cina tue pun cakap alaa2 terkejut " awak xperlukan saya.. awak dah cantik""


pastu camelia pun nyanyi2 atas pentas.. sambil diiring suara org cakap Brands Inner-Shine prune essence utk kulit apa tah lagi... smbil fokus kat muka camelia yg senyum pastu kulit dia bersinarr- sinarrrr..


JADI AKIBAT DISOGOK dengan iklan tue tiap2 malam sampai aku terpengaruh utk membeli nyur..Tapi x per mahal sikit nak guna utk diri sendirikan...ayat sedapkan hati..


malam keesokan nyur bila kuar beli barang lalu kat depan benda nie dah 2 kali n dia memanggil2 utk mengambik nyur... dan ini laa hasil nyur..............



x igt la harga dia tapi dapat laa 6 botol....ada perubahan ker..entah aku pun x tau.. Kan AKu Dah Kata Ini Semua Pengaruh Iklan laa..jadi sapa yg salah??? yg pasti aku ada laa mangsa hahahhaha...


(bkn gambar sebenar)..


minum inner shine dengan harapan jerawat di tepi mulut hilang...


sekian terima kasih... jadi siap laa satu entry aku..hhahah ................... seperti biasa cerita tanpa penutup..............

07 January, 2009

HARI ini 10 Muharam 1430.. bersama annn Hari Asyura...Tahukah anda apa itu Hari Asyura ??
yaaa..Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab "Asyara" yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu 10 Muharam.

Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para Nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Muhammad s.a.w.

Adalah beberapa perkara SUNATTT yg biasa dilakukan pada hari ini adalah :

  • Melapangkan masa / belanja anak dan isteri
  • Memuliakan fakir miskin
  • Menahan marah
  • Menunjukkan jalan yang lurus/membetuli orang sesat/orang yang salah(terpesong aqidah(tauhid) dan akhlaknya)
  • Menyapu / mengusap kepala anak yatim(menghormati dan memuliakan mereka)
  • Bersedekah
  • Memelihara kehormatan diri
  • Mandi Sunatlafaz niat : "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  • Bercelak
  • Membaca Qulhuwallah(Surah Al-Ikhlas) hingga akhir seribu kali
  • Sembahyang sunat empat rakaatlafaz niat : "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas Al-Fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
  • Menjamu orang berbuka puasa
  • Puasa Sunat AsyuraNiat - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala..

Tidak lupa jugak pada bubur Asyura yg aku selalu teringin nak makan..tapi aku suka yg pantai timur nyur versionnn..huhuh layannn!!Cara membuat bubur Asyura mesti mempunyai 10 jenis ramuan, jikalau lebih atau kurang, maka bubur tersebut bukan Bubur Asyura. Setiap negeri, terutama negeri-negeri di semenanjung Malaysia, mempunyai Bubur Asyura yang berlainan rasa dan ramuan. Hal ini, menyebabkan pelbagai cara untuk membuat Bubur Asyura sebab tue aku suka yg tganu punyo sedap sehh..

Oleh itu hari ini aku puasa sunat.. jadi xder sapa ker nak menjamu aku yg ber puasa nie???

sekian..

Harap maklum yur kawan2 hari Asyura nie xder kena mengena sama sekali dengan Asyura Holding dalam SPA Q di tv3 tue..

02 January, 2009

TERSARUNG SUDAH...

Selepas majlis perbincangan pun selesai...Aku di panggil keluar...aku diringi dan di temani my lovely cousin, sis farah ke pelamin mini yg direka oleh mama ku..


Bakal ibu mertuaku menyarungkan cincin ker jari ku..makna nyur aku telah di booking..
Cincin yg tersarung di jari manis ku..Aku hisap2 x rasa pun manis..Tipu nieeee !!!

Ohhh belum boleh lupa diri lagi...salam2 dulu..jgn jadik kureng sopan ekkk..

seperti biasa merakam gambar kenangan..
di temani oleh kak farah... menadah tangan mengaminkan doa yg di baca oleh pakteh reza..

Yehaaa aku sudah selamat menjadi tunangan Mr deanx..wahh boleh mengedik amik gambar nie...huuuuhuuu...

terima kasih semua yang hadir.. nak ucap terima kasih jugak dekat insan- insan yg banyak mebantu :
  • Ayah n mama
  • Abang2, kakak iparku n Adik kesayangan ku
  • Opah
  • Mak Ngah sekuarga xpecially kak farah
  • Acik O sekuarga
  • Ayah De n kuarga
  • Mak Usu
  • Teh na sekuarga
  • Mummy sue n family

Semasa majlis nie ada laa satu pemberian dari Opahku yg amat menyentuh hatiku.. nnt aku ceritakan apa pemberian nyur itu..

sekian terima kasih... xder dah rasa nyur cerita pasal majlis nie..Cuma pesanan utk sepupu2ku n makcik ku""" Di mana gambar...Pulangkannnn""

Jam sudah menunjukkan pukul 1230 tghari... ayah aku dah mula risau sebab pihak lelaki kata dah nak sampai..tapi x sampai2 lagi..dalam pukul 1 tghari diorg pun sampai rupa2 nyur diorg terpaksa menunggu beberapa org ahli kuarga yg sesat jalan..huhuu...**dah bg peta pun bulehh sesat kaa... Aku mcm biasa mengisi masa tanpa berdebar dengan amik gambar** thank u to kak farah , untie, all my cousin n adah comey sbb tlg amik gambar pada hari tue...

Ayah yg berdebar kerana ini laa pertama kali dan satu2 nyur majlis bertunang yg di buat di rumah..


Yaa itu dia mr deanx n rombongan nyur..Diorg datang seramai 35org kalu x silap laa.. Org laki lenggang kangkung cuma kaum wanita yg membawa barang hantaran..yaa barang2 warna pink tue semua gua yg punya hahahahaha.....opsss Mr. deanx sampai di luar sahaja...

nie laa org yg nak bertunang tue.. sian dia kena panas..



Perbincangan yg sedang hangat di bincangkan..aku x tau aper yg diorg bincang coz x boleh duduk kat situkan..yg lawak nyur aku x tau pun yg diorg bwk "duit tanda jadi"..jadi aku x bagitau laa kat mama n ayah aku...Diorg terkejut sedikit entah mcmner mama aku boleh keluar ayat lawak kat pihak diorg "" ehhh macam bayar down - payment kereta pulak"" hehhehe... mungkin itu adat diorg..Tapi korang rasa aku nie kereta ker?? ada ker org naik aku?? hummm conpiuss aku..
hantaran yg warna pink tue di bawa oleh pihak lelaki utk aku.. N yg warna cream gold tue dari pihak aku utk dia...

Masa org kat luar tgh berbincang..yg aku kat dalam sibuk amik gambar...hati nie dah nak berdebar2 dahh...
okeiii nak buat entry lain lagi hahhha...