31 December, 2008

HUHU bgun awal betul pagi tue..budak2 kecik tue pun bgun awal...masa aku tgh bersiap dalam bilik sempat lagi puyee amik gambar comel2 atas pelamin..huuuhhuh aku kat dalam bilik mack up..masa tue aku dah x amik tau pasal kat luar pasal makcik2 n sedara mara perempuan aku dah datang tolong..huhuh semua masa hari tue cantik bergaya..

Puyee bergambar dengan emon kesukaan nyur...

Aku yg tengah di andam oleh mak andam kat dalam bilik..awal seh aku mack up...huhuh first time mack up bebetul..berbeza memang berbeza

mama, makcik n sepupu aku sibuk menyusun hantaran..** nasib laa cik zai n mak ude nor ada siapkan sireh junjung..hahaha aku yg x sempat nak buat...

Hantaran for My future hubby ( cream + gold)

mini pelamin yg dihasil dan ilham mama ku..so gardeen


tgh bersiap2 lagi..

hasil nyurr...

Opsss.. mesti ada mulut yg nakal2 mengata saya over kan..x kisah laa hak masing2 kan..

Sorry yur semua...x dapat nak update pada hari kejadian coz sibuk n xder internet kat umah ** misi gagal nak cari wifi free...
Aku cerita by date laa yur.. sebenarnya dah sibuk seminggu sebelum tarikh.. tapi x igt nak amik gambar...


tarikh : 24 / 12/ 2008 (petang )

Hari nie gie butik my future sista in law "" SAZ FASHION"" dekat medan mara k.l..Gie amik baju n fitting nnt nak pakai hari sabtu....yeyye baju dah siap!! so sweettt PINK colour u..

opss x boleh tunjuk banyak2..

tarikh : 26 /12/2008 ( petang )

Awal pagi dah bgun coz nak siap kan barang2 majlis besok nyur...Pagi tue jugak kawan my mom datang pasang khemah plusss free scalop n chair *** biasa laa harga kawan2 lain.. lepas abg n adik aku tolong ayah aku kemas bawah khemah...aku ajak laa gerak gie beli barang2 mana yg x cukup lagi.. Dekat dalam mak aku pun sibuk gaks menyiapkan pelamin mini..mama sgt gigih ok.. dah letih wat macam2..huhuhu terharu : ~

Ayah ,adik n Abg ngah very the bzy mencuci laman rumah sempena majlis aku nak tunang..

Ayah yg paling sibuk ke hulu - hilir

mama yg siapkan didalam rumah...aku ?? amik gambar laa..

tarikh : 26 / 12/ 2008 ( malam )

Malam nyur pulak pakcik , makcik , sepupu ** terima kasih semua.. datang menolong..rumah sgt laa meriah.. best jerr potong bunga rampai n susun2 goddie beg..


semua tgh tekun... paling tekun Mamat ** baju ijo anak sulong tehna...

Dua budak kecik paling sibuk...first time umah nenek jadi meriah..lari hulu hilier

Firas seperti terkejut..tgk laa kan dah kata mamat sgt kusyuk potong daun pandan** psstt : tehna mama cakap muka tehna walaupun separuh tapi nampak mcm chek @ mok..


HUmmm..entry bersambung ~






heheeh....apa kabar semua??
saya baru jer masuk opis..tapi belum start nak buat kerja coz..mood nak upload gambar pasal majlis hari tue..

sabor yur semua..

nyehhnyehh..bye

27 December, 2008

Hari nie dengan Izin - Nya aku selamat menjadi tunangan kepada Mr.Deanx..huuhuhu dulu gf kini Tunangan x lama lagi...Insyallah..thanx to all yg sangup tolong dan datang ekk..gambar nnt laa upload..

19 December, 2008

saya bercuti..

Saya dah nak start cuti minggu depan yeyeeyey...
kalu sempat nak berblog ada laa..itu pun bergantung kepada WiFi org lain utk ditumpang..hahahah...

TAKZIAHH

Pada 16 Disember 2008 ( 18 Zulhijjah 1430) kami telah perkhabaran bahawa Ibu Simplegurl telah pergi Di jemput Illahi.. Semoga roh nyur dicucuri rahmat.. Kami telah ker n9 utk menziarahi buat kali terakhir ibu beliau yg sangat disayangi...

Entry nie di buat dalam keadaan saya sedih..kerana saya memikirkan jika saya berada di tempat kak noi skrg...


AL - Fatihah...

NIE MERUPAKAN ENTRY YG DAH KUSAM...

Lupa nak publishkan coz belum ada gambar lagi hari tue..haaaa amik kau sampai beberapa hari aku terus lupakan..


HAPPY BIRTHDAY MY LIL BROTHER
... 13 YeaRs ...
huhuuhhuHUUuuu adik aku sudah bersar ini bermakna aku pun sudah dekat nak 2aaaa.....


Kek yg dikongsi oleh mereka berdua konsep sharring is caring diterapkan

Ini laa birthday boy tue



Sambutan Hari Raya Haji seperti hari2 biasa sambutananya tiada kerumah sesiapa kerana semua balik kg... Kebetulan Birthday adik aku pun jatuh pada hari yg sama.. Jadi sambutan secara kecil2an..Mak aku juz masak Nasi Dagang wit gulai ikan Tongkol n Acar timunn ** perghhh sedappp seihh...Kebetulan birthday pu3 hari tue pun belum disambut oleh kita org so kita org gabungkan birthday diorg..


heehe zariff pun nak join setiap kali birthday org lain akan diangap nak sambut birthday dia..

Cehh aku sorg jer yg pandang kamera.. seorg pandang ke laut yg lagi 2 alaa teruja tgk api kat lilin..humm x boleh laa nak letak gambar lagi x tau laa kenapa blog hari nie...dah laa byk nie jer yg mampu.. huhu airel dah besor skrg nnt laa aku cerita pasal mat putih nie.. bye

--ok no clozing ekk--

Apa HaRaMMM !!!

haloooo...lama dah x update..mood kurang laaa..mcm2 terjadi minggu nie..huuuhuu.. Baru- baru nie ada dapat email dari Kak noi ttg kedai makan kegemaranku.. Bila aku baca tentang kedai tue berderu rasa darah aku...WTFFFF aku makan kat situuu.. mehh laa aku kongsi ngan korang.. tapi x tau laa kalu korang dah dapat...

Al kisah..,



WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam 'WCOK' telah beroperasi bermula sekitar tahun 1999. Dimana diawal penubuhan status HALAL sebenarnya telah diragui lagi.

Beberapa produk yang harus diragui STATUS HALAL & dikenalpasti HARAM nya ialah:-
  • Nissin Noodles (Instant Nissin Noodles) yg diimport dri Hong Kong (tertulis dpaket bungkusan) .

  • Daging Salai yang digunakan pada hidangan Sandwish & Nissin Noodles juga diragui status halalnya. Ini kerana pada waktu awal penubuhan White Coffee Oldtown Kopitiam 1999 tiada dipasaran Malaysia yang menjual Daging Salai HALAL. Perkara ini anda boleh rujuk kepada para penyelidik, pensyarah & pelajar di Fakulti/ Jabatan Perhotelan @ F&B / Food & Beverages.
  • Minyak yang digunakan didalam penyediaan menu 'Ipoh Ho Fun @ Ipoh Kuew Teaw Sup'. Minyak tersebut dihasilkan sendiri oleh WCOK dan tidak terdapat dipasaran. Hanya diberitahu ianya minyak udang. Tetapi adakah ianya benar & tiada campuran lain?

  • Herbal Jelly adalah produk yang diimport daripada China. Diberitakan, antara isi kandungannya adalah kulit kura-kura . Khasiatnya dikatakan dapat memanaskan anggota dalaman badan (persoalannya - bolehkan UMAT ISLAM makan yang terhasil daripada KURA-KURA)

Apa yang membuatkan UMAT ISLAM diMalaysia TERPEDAYA dengan status HALALnya ialah salinan sijil HALAL yang dikeluarkan oleh JABATAN AGAMA ISLAM PERAK @ 'JAIPK' pada beberapa produknya dijaja dengan mengatakan JAIPK akan memberi STATUS HALAL pada semua produknya yang sehiingga kini (dari awal penubuhnnya-dekat 10tahun dah) masih lagi tidak diperoleh Sila layari laman Web WCOK. Hanya sijil halal bagi beberapa produk yang disahkan oleh JAIPK yang dijajanya. Berbagai anugerah telah diperolehi, namun STATUS HALAL BAGI RESTORENNYA masih lagi TIDAK BERJAYA DIPEROLEHI. KENAPA & MENGAPA? Maka itulah umat islam dinegara ini terpedaya dengan helah apabila nama JAIPK digunakan.

Selain daripada penyalahgunaan Sijil Halal yang dikeluarkan oleh JAIPK umat islam juga terpedaya dengan paparan pekerja islam yang diambil bekerja . Dimana dengan mengatakan yakni makanan yang dihidangkan adalah halal, maka pekerja-pekerja islam ini telah terpedaya untuk berkerja seterusnya menjadi penipuan yang tidak diketahui mengenai status halal makanan direstoren tersebut. Bagi pengunjung-pengunjung, apabila melihat Sijil HALAL yang dipaparkan (yang dikeluarkan oleh JAIPK bg sesetengah produk sahaja & bukan yang dikeluarkan oleh JAKIM yakni pengesahan makanan yang dihidangkan oleh restoren terbabit adalah HALAL semuanya) serta pekerja-pekerja islam (yang tidak mengetahui akan Status Non-HALAL yang dihidangkan.Siap pakai tudung lagi ) maka dengan mudahnya mereka memasuki dan menjamahnya.

Seperti apa yang berlaku di KULIM, KEDAH bagi Kopitiam PAK'HAINAN (juga 'TIDAK HALAL') . Sungguh menyedihkan apabila pengurus restoren beragama Islam dan berbangsa Melayu tidak mengendahkan & mengetahui status HALAL bagi makanan yang dihidangkan. Papan tanda diluar restoren juga sungguh besar menunjukkan pekerja islamnya memakai tudung menghidangkan makanan.

Begitu juga yang berlaku di TESCO Seberang Jaya, Perai pula Kopitiam WHITE HOUSE ( juga 'TIDAK HALAL' ) selain menghidangkan `noodles @ mee' yang TIDAK HALAL dan beberapa menu lagi yang tidak diketahui Status HALAL HARAMnya, mereka juga dengan selamba & tampa rasa bersalah mengunakan LOGO HALAL JAKIM tampa kelulusan. Apabila ditanya, mereka menjawab produk mereka semuanya HALAL. Dan apa buktinya bagi Noodles @ Mee Import yang dihidangkan dan beberapa produk lain, tidak tahu jawapannnya.

Di TESCO Kajang pada tahun 2006, WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam telah menghidangkan `noodles @ Meenya' yang antara isi kandungannya terdapat 'LUNCHEON MEAT'. Aduan telah dibuat, namun tiada tindakan daripada pejabat Agama diambil bagi men`yamak' restoren terbabit.

Perkara ini telah disahkan oleh perkerja Islam White Coffee Oldtown Kopitiam (kini telah berhenti apabila mengetahui perkara ini) selain daripada pekerja pihak pengurusan berbangsa Cina (juga telah berhenti apabila menghadapi tekanan daripada pelanggan mengenai Status HALAL JAKIM).

Selain itu, walaupun WCOK telah membuka sehingga melebihi 100 cawangan dari tahun 1999-2008 diseluruh negara yakni dari utara hingga ke selatan namun STATUS HALALnya masih lagi tidak diperolehi. Dalam masa 10tahun, 100 cawangan telah berjaya dibuka dengan menghidangkan kepada UMAT ISLAM MALAYSIA makanan yang HARAM . Dan sungguh menyedihkan apabila pihak JAKIM selaku pihak Jabatan Agama yang bertanggungjawab di negara ini mengambil sikap berdiam diri. Adakah seseorang dijabatan ini telah disogok agar tiada isu dibangkitkan & tindakan diambil walaupun sebenarnya telah ada aduan yang dibuat. Apakah pihak di JAKIM hanya melihat kepentingan yang akan diperolehi dengan tindakan ini tetapi tidak PERHINTUNGAN di PADANG MASYAR nanti? Apakah perlu adanya aduan baru ada tindakan? Sedangkan pihak JAKIM telah melihat begitu ramai umat islam menjamah makanan di `WHITE COFFEE OLDTOWN KOPITIAM' yang 'TIADA STATUS HALAL' dan kini terbukti 'TIDAK HALAL' nya. Adakah tiada pemantauan dan tindakan bagi pihak yang `TIDAK MENDAPAT KEBENARAN/ KELULUSAN' JAKIM juga LOGO HALAL JAKIM?

Mengapa sesetengah restoren ini boleh mendapat Status HALAL JAKIM & terdapat sesetengahnya lagi TIADA HALAL JAKIM. Dimana melalui produk menunya didapati sememang tiada makanan yang diimport dari TAIWAN, HONG KONG & JEPUN yang kebanyakkannya tidak HALAL.

Merujuk kepada isu yang dinyatakan, sebenarnya selain kita empunya diri yang akan dihisab kerana memberi makan kepada anggota tubuh dengan makanan yang di HARAMkan seharusnya Jabatan Agama mengambil tindakan segera didalam mewajibkan status HALAL & HARAM diperolehi bagi setiap kedai makan @ restoren yang beroperasi. Pihak JAKIM seharusnya menjalinkan kerjasama bersama Majlis Perbandaran yang memberi & mengeluarkan LESEN perniagaan agar MEWAJIBKAN bagi restoren & food court (mungkin tidak termasuk gerai) mempamerkan STICKER TIDAK HALAL. Bagi yang mengatakan restoren mereka adalah HALAL hendaklah mendapatkan sijil & pengesahan Status HALAL daripada JAKIM terlebih dahulu sebelum beroperasi. Ini bertujuan agar UMAT ISLAM dinegara ini tidak dihidangkan makanan yang TIDAK HALAL dengan PENIPUAN apabila hanya dengan menunjukkan sijil halal bagi beberapa produk sahaja dan mengunakan PEKERJA ISLAM yang terpedaya & Jahil.

Ini agar umat islam dinegara ini tidak terpedaya dengan Helah pengusaha yang asyik mengejar keuntungan dengan menyajikan makanan HARAM kepada umat islam dengan hanya mengatakan yakni tiada babi & minuman keras dihidangkan (NO PORK & LARD) tetapi sebenarnya ada.

Apakah Halal sesuatu makanan itu jika bukan babi yang dihidangkan. Tetapi bagaimanakah jika terdapat isi kandungannya diragui status halal (yakni diperbuat daripada unsur babi itu sendiri). Selain itu, jika Nasi Lemak serta menu lain boleh disahkan status HALALnya, bagaimanakah dengan pinggan mangkuknya yang telah dibasuh sekali dengan pinggan mangkuk yang menghidangkan menu HARAM ini. tidakkah jatuh hukumnya HARAM .




Tapi terserah pada korang laa nak percaya atau x... tapi dari apa yg aku pikir2 balik ada beberapa perkara yg di ragui jugak .. Seperti makanan yg kita order nie dimasak oleh org yg beragama apa terang2 nampak laa perkerja old town kat sini kebanyakkan yur mcm vietnam or nepal..humm...

Aku rasa email skrg 80 % boleh dipercayai.. tapi apa pulak pandangan korang ??? yg pasti tanggungjawab aku sesama islam dah lepas dengan menyampaikan apa yg aku tau...

wasallam

nota cinonet : seelok- elok nyur hendak lah kita mencari makanan dan minumam yg halal kerana makanan dan minuman itu akan menjadi darah dan daging kita...