31 December, 2008

HUHU bgun awal betul pagi tue..budak2 kecik tue pun bgun awal...masa aku tgh bersiap dalam bilik sempat lagi puyee amik gambar comel2 atas pelamin..huuuhhuh aku kat dalam bilik mack up..masa tue aku dah x amik tau pasal kat luar pasal makcik2 n sedara mara perempuan aku dah datang tolong..huhuh semua masa hari tue cantik bergaya..

Puyee bergambar dengan emon kesukaan nyur...

Aku yg tengah di andam oleh mak andam kat dalam bilik..awal seh aku mack up...huhuh first time mack up bebetul..berbeza memang berbeza

mama, makcik n sepupu aku sibuk menyusun hantaran..** nasib laa cik zai n mak ude nor ada siapkan sireh junjung..hahaha aku yg x sempat nak buat...

Hantaran for My future hubby ( cream + gold)

mini pelamin yg dihasil dan ilham mama ku..so gardeen


tgh bersiap2 lagi..

hasil nyurr...

Opsss.. mesti ada mulut yg nakal2 mengata saya over kan..x kisah laa hak masing2 kan..

Sorry yur semua...x dapat nak update pada hari kejadian coz sibuk n xder internet kat umah ** misi gagal nak cari wifi free...
Aku cerita by date laa yur.. sebenarnya dah sibuk seminggu sebelum tarikh.. tapi x igt nak amik gambar...


tarikh : 24 / 12/ 2008 (petang )

Hari nie gie butik my future sista in law "" SAZ FASHION"" dekat medan mara k.l..Gie amik baju n fitting nnt nak pakai hari sabtu....yeyye baju dah siap!! so sweettt PINK colour u..

opss x boleh tunjuk banyak2..

tarikh : 26 /12/2008 ( petang )

Awal pagi dah bgun coz nak siap kan barang2 majlis besok nyur...Pagi tue jugak kawan my mom datang pasang khemah plusss free scalop n chair *** biasa laa harga kawan2 lain.. lepas abg n adik aku tolong ayah aku kemas bawah khemah...aku ajak laa gerak gie beli barang2 mana yg x cukup lagi.. Dekat dalam mak aku pun sibuk gaks menyiapkan pelamin mini..mama sgt gigih ok.. dah letih wat macam2..huhuhu terharu : ~

Ayah ,adik n Abg ngah very the bzy mencuci laman rumah sempena majlis aku nak tunang..

Ayah yg paling sibuk ke hulu - hilir

mama yg siapkan didalam rumah...aku ?? amik gambar laa..

tarikh : 26 / 12/ 2008 ( malam )

Malam nyur pulak pakcik , makcik , sepupu ** terima kasih semua.. datang menolong..rumah sgt laa meriah.. best jerr potong bunga rampai n susun2 goddie beg..


semua tgh tekun... paling tekun Mamat ** baju ijo anak sulong tehna...

Dua budak kecik paling sibuk...first time umah nenek jadi meriah..lari hulu hilier

Firas seperti terkejut..tgk laa kan dah kata mamat sgt kusyuk potong daun pandan** psstt : tehna mama cakap muka tehna walaupun separuh tapi nampak mcm chek @ mok..


HUmmm..entry bersambung ~






heheeh....apa kabar semua??
saya baru jer masuk opis..tapi belum start nak buat kerja coz..mood nak upload gambar pasal majlis hari tue..

sabor yur semua..

nyehhnyehh..bye

27 December, 2008

Hari nie dengan Izin - Nya aku selamat menjadi tunangan kepada Mr.Deanx..huuhuhu dulu gf kini Tunangan x lama lagi...Insyallah..thanx to all yg sangup tolong dan datang ekk..gambar nnt laa upload..

19 December, 2008

saya bercuti..

Saya dah nak start cuti minggu depan yeyeeyey...
kalu sempat nak berblog ada laa..itu pun bergantung kepada WiFi org lain utk ditumpang..hahahah...

TAKZIAHH

Pada 16 Disember 2008 ( 18 Zulhijjah 1430) kami telah perkhabaran bahawa Ibu Simplegurl telah pergi Di jemput Illahi.. Semoga roh nyur dicucuri rahmat.. Kami telah ker n9 utk menziarahi buat kali terakhir ibu beliau yg sangat disayangi...

Entry nie di buat dalam keadaan saya sedih..kerana saya memikirkan jika saya berada di tempat kak noi skrg...


AL - Fatihah...

NIE MERUPAKAN ENTRY YG DAH KUSAM...

Lupa nak publishkan coz belum ada gambar lagi hari tue..haaaa amik kau sampai beberapa hari aku terus lupakan..


HAPPY BIRTHDAY MY LIL BROTHER
... 13 YeaRs ...
huhuuhhuHUUuuu adik aku sudah bersar ini bermakna aku pun sudah dekat nak 2aaaa.....


Kek yg dikongsi oleh mereka berdua konsep sharring is caring diterapkan

Ini laa birthday boy tue



Sambutan Hari Raya Haji seperti hari2 biasa sambutananya tiada kerumah sesiapa kerana semua balik kg... Kebetulan Birthday adik aku pun jatuh pada hari yg sama.. Jadi sambutan secara kecil2an..Mak aku juz masak Nasi Dagang wit gulai ikan Tongkol n Acar timunn ** perghhh sedappp seihh...Kebetulan birthday pu3 hari tue pun belum disambut oleh kita org so kita org gabungkan birthday diorg..


heehe zariff pun nak join setiap kali birthday org lain akan diangap nak sambut birthday dia..

Cehh aku sorg jer yg pandang kamera.. seorg pandang ke laut yg lagi 2 alaa teruja tgk api kat lilin..humm x boleh laa nak letak gambar lagi x tau laa kenapa blog hari nie...dah laa byk nie jer yg mampu.. huhu airel dah besor skrg nnt laa aku cerita pasal mat putih nie.. bye

--ok no clozing ekk--

Apa HaRaMMM !!!

haloooo...lama dah x update..mood kurang laaa..mcm2 terjadi minggu nie..huuuhuu.. Baru- baru nie ada dapat email dari Kak noi ttg kedai makan kegemaranku.. Bila aku baca tentang kedai tue berderu rasa darah aku...WTFFFF aku makan kat situuu.. mehh laa aku kongsi ngan korang.. tapi x tau laa kalu korang dah dapat...

Al kisah..,



WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam 'WCOK' telah beroperasi bermula sekitar tahun 1999. Dimana diawal penubuhan status HALAL sebenarnya telah diragui lagi.

Beberapa produk yang harus diragui STATUS HALAL & dikenalpasti HARAM nya ialah:-
  • Nissin Noodles (Instant Nissin Noodles) yg diimport dri Hong Kong (tertulis dpaket bungkusan) .

  • Daging Salai yang digunakan pada hidangan Sandwish & Nissin Noodles juga diragui status halalnya. Ini kerana pada waktu awal penubuhan White Coffee Oldtown Kopitiam 1999 tiada dipasaran Malaysia yang menjual Daging Salai HALAL. Perkara ini anda boleh rujuk kepada para penyelidik, pensyarah & pelajar di Fakulti/ Jabatan Perhotelan @ F&B / Food & Beverages.
  • Minyak yang digunakan didalam penyediaan menu 'Ipoh Ho Fun @ Ipoh Kuew Teaw Sup'. Minyak tersebut dihasilkan sendiri oleh WCOK dan tidak terdapat dipasaran. Hanya diberitahu ianya minyak udang. Tetapi adakah ianya benar & tiada campuran lain?

  • Herbal Jelly adalah produk yang diimport daripada China. Diberitakan, antara isi kandungannya adalah kulit kura-kura . Khasiatnya dikatakan dapat memanaskan anggota dalaman badan (persoalannya - bolehkan UMAT ISLAM makan yang terhasil daripada KURA-KURA)

Apa yang membuatkan UMAT ISLAM diMalaysia TERPEDAYA dengan status HALALnya ialah salinan sijil HALAL yang dikeluarkan oleh JABATAN AGAMA ISLAM PERAK @ 'JAIPK' pada beberapa produknya dijaja dengan mengatakan JAIPK akan memberi STATUS HALAL pada semua produknya yang sehiingga kini (dari awal penubuhnnya-dekat 10tahun dah) masih lagi tidak diperoleh Sila layari laman Web WCOK. Hanya sijil halal bagi beberapa produk yang disahkan oleh JAIPK yang dijajanya. Berbagai anugerah telah diperolehi, namun STATUS HALAL BAGI RESTORENNYA masih lagi TIDAK BERJAYA DIPEROLEHI. KENAPA & MENGAPA? Maka itulah umat islam dinegara ini terpedaya dengan helah apabila nama JAIPK digunakan.

Selain daripada penyalahgunaan Sijil Halal yang dikeluarkan oleh JAIPK umat islam juga terpedaya dengan paparan pekerja islam yang diambil bekerja . Dimana dengan mengatakan yakni makanan yang dihidangkan adalah halal, maka pekerja-pekerja islam ini telah terpedaya untuk berkerja seterusnya menjadi penipuan yang tidak diketahui mengenai status halal makanan direstoren tersebut. Bagi pengunjung-pengunjung, apabila melihat Sijil HALAL yang dipaparkan (yang dikeluarkan oleh JAIPK bg sesetengah produk sahaja & bukan yang dikeluarkan oleh JAKIM yakni pengesahan makanan yang dihidangkan oleh restoren terbabit adalah HALAL semuanya) serta pekerja-pekerja islam (yang tidak mengetahui akan Status Non-HALAL yang dihidangkan.Siap pakai tudung lagi ) maka dengan mudahnya mereka memasuki dan menjamahnya.

Seperti apa yang berlaku di KULIM, KEDAH bagi Kopitiam PAK'HAINAN (juga 'TIDAK HALAL') . Sungguh menyedihkan apabila pengurus restoren beragama Islam dan berbangsa Melayu tidak mengendahkan & mengetahui status HALAL bagi makanan yang dihidangkan. Papan tanda diluar restoren juga sungguh besar menunjukkan pekerja islamnya memakai tudung menghidangkan makanan.

Begitu juga yang berlaku di TESCO Seberang Jaya, Perai pula Kopitiam WHITE HOUSE ( juga 'TIDAK HALAL' ) selain menghidangkan `noodles @ mee' yang TIDAK HALAL dan beberapa menu lagi yang tidak diketahui Status HALAL HARAMnya, mereka juga dengan selamba & tampa rasa bersalah mengunakan LOGO HALAL JAKIM tampa kelulusan. Apabila ditanya, mereka menjawab produk mereka semuanya HALAL. Dan apa buktinya bagi Noodles @ Mee Import yang dihidangkan dan beberapa produk lain, tidak tahu jawapannnya.

Di TESCO Kajang pada tahun 2006, WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam telah menghidangkan `noodles @ Meenya' yang antara isi kandungannya terdapat 'LUNCHEON MEAT'. Aduan telah dibuat, namun tiada tindakan daripada pejabat Agama diambil bagi men`yamak' restoren terbabit.

Perkara ini telah disahkan oleh perkerja Islam White Coffee Oldtown Kopitiam (kini telah berhenti apabila mengetahui perkara ini) selain daripada pekerja pihak pengurusan berbangsa Cina (juga telah berhenti apabila menghadapi tekanan daripada pelanggan mengenai Status HALAL JAKIM).

Selain itu, walaupun WCOK telah membuka sehingga melebihi 100 cawangan dari tahun 1999-2008 diseluruh negara yakni dari utara hingga ke selatan namun STATUS HALALnya masih lagi tidak diperolehi. Dalam masa 10tahun, 100 cawangan telah berjaya dibuka dengan menghidangkan kepada UMAT ISLAM MALAYSIA makanan yang HARAM . Dan sungguh menyedihkan apabila pihak JAKIM selaku pihak Jabatan Agama yang bertanggungjawab di negara ini mengambil sikap berdiam diri. Adakah seseorang dijabatan ini telah disogok agar tiada isu dibangkitkan & tindakan diambil walaupun sebenarnya telah ada aduan yang dibuat. Apakah pihak di JAKIM hanya melihat kepentingan yang akan diperolehi dengan tindakan ini tetapi tidak PERHINTUNGAN di PADANG MASYAR nanti? Apakah perlu adanya aduan baru ada tindakan? Sedangkan pihak JAKIM telah melihat begitu ramai umat islam menjamah makanan di `WHITE COFFEE OLDTOWN KOPITIAM' yang 'TIADA STATUS HALAL' dan kini terbukti 'TIDAK HALAL' nya. Adakah tiada pemantauan dan tindakan bagi pihak yang `TIDAK MENDAPAT KEBENARAN/ KELULUSAN' JAKIM juga LOGO HALAL JAKIM?

Mengapa sesetengah restoren ini boleh mendapat Status HALAL JAKIM & terdapat sesetengahnya lagi TIADA HALAL JAKIM. Dimana melalui produk menunya didapati sememang tiada makanan yang diimport dari TAIWAN, HONG KONG & JEPUN yang kebanyakkannya tidak HALAL.

Merujuk kepada isu yang dinyatakan, sebenarnya selain kita empunya diri yang akan dihisab kerana memberi makan kepada anggota tubuh dengan makanan yang di HARAMkan seharusnya Jabatan Agama mengambil tindakan segera didalam mewajibkan status HALAL & HARAM diperolehi bagi setiap kedai makan @ restoren yang beroperasi. Pihak JAKIM seharusnya menjalinkan kerjasama bersama Majlis Perbandaran yang memberi & mengeluarkan LESEN perniagaan agar MEWAJIBKAN bagi restoren & food court (mungkin tidak termasuk gerai) mempamerkan STICKER TIDAK HALAL. Bagi yang mengatakan restoren mereka adalah HALAL hendaklah mendapatkan sijil & pengesahan Status HALAL daripada JAKIM terlebih dahulu sebelum beroperasi. Ini bertujuan agar UMAT ISLAM dinegara ini tidak dihidangkan makanan yang TIDAK HALAL dengan PENIPUAN apabila hanya dengan menunjukkan sijil halal bagi beberapa produk sahaja dan mengunakan PEKERJA ISLAM yang terpedaya & Jahil.

Ini agar umat islam dinegara ini tidak terpedaya dengan Helah pengusaha yang asyik mengejar keuntungan dengan menyajikan makanan HARAM kepada umat islam dengan hanya mengatakan yakni tiada babi & minuman keras dihidangkan (NO PORK & LARD) tetapi sebenarnya ada.

Apakah Halal sesuatu makanan itu jika bukan babi yang dihidangkan. Tetapi bagaimanakah jika terdapat isi kandungannya diragui status halal (yakni diperbuat daripada unsur babi itu sendiri). Selain itu, jika Nasi Lemak serta menu lain boleh disahkan status HALALnya, bagaimanakah dengan pinggan mangkuknya yang telah dibasuh sekali dengan pinggan mangkuk yang menghidangkan menu HARAM ini. tidakkah jatuh hukumnya HARAM .




Tapi terserah pada korang laa nak percaya atau x... tapi dari apa yg aku pikir2 balik ada beberapa perkara yg di ragui jugak .. Seperti makanan yg kita order nie dimasak oleh org yg beragama apa terang2 nampak laa perkerja old town kat sini kebanyakkan yur mcm vietnam or nepal..humm...

Aku rasa email skrg 80 % boleh dipercayai.. tapi apa pulak pandangan korang ??? yg pasti tanggungjawab aku sesama islam dah lepas dengan menyampaikan apa yg aku tau...

wasallam

nota cinonet : seelok- elok nyur hendak lah kita mencari makanan dan minumam yg halal kerana makanan dan minuman itu akan menjadi darah dan daging kita...

27 November, 2008

sewaktu berusia 1 bulan...heheehh mata macam torchlight** geram jer tgk masa nie mcm nak picit2

masa 4 bulan dah pandai jelir2 lidah ngan try nak pusing2 badan...


saya sudah pandai berjalan , berlari dan menari...


Hari nie genap laa umur anak sedara aku 2 thn... budak yg sgt comel** bagi aku....
Buah hati mama dan ayah nyur, cucu yg manja dekat atuk dan nenek nyur , menjadi kesayangan pakcik n mak cik nyur..
Hari nie dia dah pandai menari ala - ala rock n roll** kes sehati berdansa.. Semoga dia menjadi sorg insan yg berguna , pandai jaga kehormatan diri, hormat org tua..

Dan dia patut sedar yg semua org disekeliling nyur sangat syg dkt dia...

** I love u NURUL NADIAH AQILAH BT IZHAN EFFENDI

adakah saya begini...insyallahh

atau


begini..siapa yg tau masa hadapankan..seksii...

26 November, 2008

ahhh..stress

Tinggal lagi 31 hari saja lagi..tapi saya x beli dan prepare apa2 lagi..ini semua kerana kewangan saya..hisshhh bila laa nak dapat duit sedebuk xpun tetiba menang loteri..

Apa yg harus di beli pun masih lagi pening2 lalat x tau apa lagi..
dalam kepala mcm2 ada..tapi satu pun x berjaya...

** pendek kata : ukur baju di badan sendiri..tapi jgn lupa poket tue jugak kang menangis makan meggi..

24 November, 2008

hahhah pertama kali aku telah di smart TAG oleh Heyfarah..muahh muahhh suka nyur aku... Mari kita mula menjawab.... soalan 2 seperti berikut :

1 . 7 Fakta tentang saya
  1. Seorg yg gemuks tapi comel** biar laa nak puji diri sendiri
  2. Seorg kidal** tapi bukan man kidal.
  3. Saya terpaksa merantau di negeri lain utk mencari rejeki** stresss..
  4. Saya seorg yg lambat terasa*** bergantung pda keadaan dan cepat memaafkan sesorg.
  5. Saya sorg yg manja dan mengada2 dgn bf saya** dulik aahhh.
  6. Saya x suka di tengking, dimaki atau di tuduh..sangat down gila..
  7. Saya ada 7 beradik dan saya seorg jer perempuan..tapi sgt berdikari ...hahahah..

2. Perkara menakutkan saya di dunia..

  1. Saya takut pada ALLAH dan seksaan Di dalam Kubur** saya sedar saya byk dosa..
  2. Saya takut pada mama dan papa.
  3. Saya takut pada Bf saya bila dia marahhh...
  4. Saya takut tinggal sesorg di dalam rumah sewa saya..
  5. Saya takut di tinggalkan oleh org2 yg saya sayang** let me go first
  6. Saya takut pada mulut dan manusia yg busuk hati + memburuk2kan dan dengki..
  7. Saya takut xder duit..helpppp

3.7 lagu wat masa sekarang (byk lagi sbnrnya)

  1. Cinta ini membunuhku - d'masiv
  2. 1000 tahun - Imran Ajmain
  3. What About Now - Chris Daughtry
  4. Emotion - Destiny Child
  5. I'm Yours - Jason Mraz
  6. Better in Time - Leona Lewis
  7. So What - Pink

4. 7 perkara selalu disebut

  1. "ek eleee"
  2. "sukahati laa"
  3. "betul x tipu" muka serius..
  4. "haa.... apa"
  5. "kuang ajaaa"..ayang jgn marah ekk..
  6. " Akak @ weiii.... xsejuk ker"
  7. " Tolong off aircond sejukkk laa weiii"

5. 7 perkara yg amat bernilai

  1. Kuarga saya
  2. Bercuti bersama kuarga
  3. bf sya
  4. Gambar2 kenangan
  5. hadiah pemberian org
  6. kereta
  7. duit.emas.belian.rumah** nie mmg bernilai sbb x mampu nak beli lagi

6. 7 pertama kali dalam hidup saya

  1. Pertama kali teman mak saya kat spital sbb bersalin adik masa umur 10 thn
  2. Pertama kali mengenali erti cinta sebenar masa umur 21thn** nie mr.deanx laa nie.
  3. Pertama kali terjun kereta umur 19thn..**degil bebenor aku nie..menyesal sumur hdup
  4. Pertama kali dapat kerja tetap terus kena anto ke tmpat lain sampai skrg.
  5. Pertama kali duduk menyewa masa tahun 2 dkt polytech masa umur 19thn..
  6. Pertama kali masa umur 10thn masak air guna cerek elektrik tapi x tekan suis** pastu poyo2 ngan org lain..x sedor air xmasak2.
  7. Pertama kali jadi tukang bgi adiah ngan bunga masa hari kuarga TUDM kat ipoh masa umur 8 thn..** siap pakai baju kembang2..riakk laa masa tue

7. 7 orang bertuah sambung tag ni....

  1. Viruspadu- sebab kak vp nie rajin jawap tag..tapi x tau la kak vp larat ker x sekarang
  2. peej - saja walaupun rasa mcm dia pernah buat jerr.
  3. Princess_N - pun sajer nak baca pasal awak laa
  4. lensalily - sebab kak lily comel
  5. sapa lagi...
  6. kamu laa
  7. saya x kenal sesapa lagi dalam dunia blog nie..

haaahaaaaa.. akhir nyur siap jugak tag yg di beri kepada saya...syukur2

20 November, 2008

JANGAN BENCI- BENCI

Tadi baca email ada laa org forward kan kata2 nie utk dijadikan pedoman ** yur ker pedoman taram saja.. Orang nie telah mengambil nyur dari : Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

Ramai juga orang yang gagal dalam pergaulan keranamenyimpan perasaan BENCI dalam hati mereka. Tuhan itu mahaadil.Perasaan benci dalam dirikita akan menyebabkan ramai orang mudah benci terhadap kita. Misalnya, orang yangmembenci ibu bapanya mungkin akan dibenci oleh rakan-rakannya. Orang yang membenci jirannya atau bekas kekasihnya mungkin akan dapat kebencian daripada rakan sekerjanya atau malahan ketua jabatannya. Justeru itu hapuskanlah segala perasaan benci daripada hati kita agar kita mudah menjalin hubungan dengan orang lain..

Antara kaedah Mengikis Benci :

- Cara yang terbaik untuk mengikis benci ialah dengan memaafkan semua orang sebelum
tidur malam. Jika setiap malam sebelum tidur kita sentiasa mencuci muka, memberus gigi,
membersihkan diri danmengibas tempat tidur, tidak bolehkah kita mencuci hati kita dengan
memaafkan semua orang sebelum tidur?
Pengalaman secara peribadi penulis menunjukkan bahawa dgn memaafkan semua orang
sebelum tidur, kita akan dpt membersihkan hati serta menenangkan fikiran dan mudah
menjalin hubungan baik dengan orang lain. Faktor-faktor Yang Boleh Merangsang Kehebatan
Dalam Pergaulan Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi dgn orang lain
dan orang lain mudah tertarik kepada kita ialah

1) Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus dan umum yang lain.

2) Ssentiasa bersangka baik terhadap orang.

3) Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.

4) Banyakkan bersedekah, samada dalam bentuk wang,senyuman, bantuan tenaga, masa ,
nasihat , idea ,pandangan , sokongan moral dan doa yg berterusan.

5) Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi s. a. w. pernah berpesan supaya mencari 144
sebab sebelum kita memarahiorang.

6) Sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain . Pastikan setiap orang seronok
berinteraksi dengan kita.

7) Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang-menyayangi antara satu dengan yang
lain.

8) Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa . Peribadi yg kurang sopan akan
menyebabkan orang lain rasa mual terhadap kita.

9) Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan InsyaAllah orang lain akan tertarik
kepada kita .

10) Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain,terus ingatkan diri
kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan apabila mengingati mati.

11) Sentiasa syukur dan redha atas pemberian Allah swt.

12) Sentiasa memberi salam dan ucap selamat kepada orang lain . Pemberian salam akan
mengukuhkan hubungan sesama manusia.

13) Pamerkan simpati kepada setiap individu-individu yang memerlukan simpati dan
perhatian.

14) Jadilah pendengar dan kawan yang setia.

15) Sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan kelemahan atau keburukan
orang lain .

16) Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan iringi perpisahan
dengan doa . Terlebih dahulu baiki diri untuk menarik perhatian orang lain terhadap diri
kita, kita perlu Orang yang mengasihi dirinya tidak akan melakukan sebarang kegiatan
yang boleh mensabotaj dan merosakkan dirinya.Setiap tindak-tanduknya akan dilakukan
secara berhikmah dan sentiasa memikirkan perasaan orang lain. Ingatlah pesanan
seorang sarjana "Orang tidak kisah setakat mana yang anda tahuu (berilmu) , sehinggalah
mereka tahu yang anda kisah terhadap mereka "" Belajarlah dari kesalahan orang lain
Engkau tidak dapat hidup lama untuk mendapatkan itu semua dari dirimu sendiri

Wassalam

Jazzak Allahu Khairan

19 November, 2008

19/11/2008 -aku n Mr Deanx genap
2 thn
Berpacaran
humm i love u ayang...x lama lagi kita akan pergi ke satu lagi babak sebelum membina masjid sendiri..x sangka dah 2 tahun kita bercinta walaupun kita dalam proses mengenali antara satu sama lain...
B mcm nak flash back jer mcmner kita kenal dulu2...Alkisahh...
Tahun 2005-Masa tue b wat praktikal kat kedai kakak ayang**xsangka nak jadi kakak ipar nie..
adalah satu hari tue ayang dari Melaka cuti sem..sebelum balik kg ayang kan suka ronda2 kl dulu...so dia dtg laa lepak kat kedai kakak dia..muka x boleh tahan kerek ngan aku...tapi xper aku pun kerek ngan dia..*** dah tau x lawa nak lagi kerek aku nie..Pastu dia tanya2 laa soalan ala2 kerek..so aku igt jumpa dia kat situ jer...Humm aku pun abis praktikal..balik belajo kat johor balik...
Di suatu malam yg x indah sgt ala2 boring duduk kat rumah..Tetiba tepon aku berbunyi lagu usher - My boo..Aku igtkan sapa main misscall2 aku..siap marah2 kat zila kwn baik aku...Disebabkan aku adalah pelajar yg sengkek x mampu nak call org..aku pun hanya misscall balik...setart dari situ laaa memeret2 tapi x jumpa lagi...juz call2 jer..
Ini laa org yg selalu mencuri hati saya..tok kadhi tangkap dia...**Jgn tertipu gambar nie 2thn lepas yur
Tahun 2006- Aku dah start kerja...n mula start kuar dating** sebab dah kerja x guna duit mak ayah xper yur kwn2...Masa nie Mr deanx dah final year belajor..Aku igt lagi dia sanggup turun kl tiap2 minggu..masa nie kita org belum declare lagi..tapi gaduh2 dah selalu...Sapakah yg selalu jeles yur?? awal bulan 9 kita org dah mula serius..tapi masih samar2..first time masa bukak puasa sesama n B igt lagi masa tue birthday b lagi beberapa hari...Lepas makan aku ngan dia pun jenjalan..dia kata nak beli kan aku hadiah...masa tue awk saya yur..nie laa ayat dia "AWAK NAK APA AMIK LAA..SAYA BAYAR" aku ngan baik hati nyur asal pegang jer barang geleng kepala..last-last aku pilih bantal powerpuff girl**cehh jiwa kanak2 betul aku.. masa tue sian ooo....dia dah laaa final year amik accountansy manyak pakai duit..dah laa duduk sendiri.. Cuba dia tanya aku sekarang..hheheheheh...
ME n Mr.deanx kat Sogo masa nie..tmpt pilihan sewaktu dating..first time dating
At least aku ngan dia declare pada tarikh 19/11/2006 pada pukul 8.00mlm di Bukit Kerinchi..sehingga skrg aku ngan dia walaupun selalu gaduh...kunun2 clash laa tapi andaikata jodoh aku ngan dia mmg bersama xkan kemana..Dan x lama jer lagi kita akan mengikat hubungan kita..insyallah..
First time jumpa kuarga b masa raya nie..secara formal mintak izin heheheehhe
Nie sewaktu berkelah ngan family abg yan....
**B tau b nie gonjol sikit jer** termasuk mengada2,pow duit,dsb..Sampai ayang kena byk sabar dgn b nyur perangai...tapi kalau b x buat mcm tue sapa lagi yg nak buat..xkan pempuan lain.. hahahaha...ok laa thankx 4 everythin yur..humm adiah mana nie...
Ok laa kawan2 yg sudi membaca..humm ada ker org baca blog aku nie...x kisah laaa..asalkan aku x bagi masalah kat org lain dah..

Mesti korg kata aku poyokan..heheheh sorry laa tapi ADA AKU KISAH...

07 November, 2008

HUUUUuuuhuu
saya sgt tidak sihat skrg..

saya Demam ngan selesema...

saya sgt memerlukan BAM CAP LANG saya.. mana tah dia menyorok.. Oii mana ko pergi ha bam...

kak amy sedang di tahan di dalam wad di hospital swasta yg x macam swasta...

Dia diserang DENGGI bukan Dengki...

Petang nie saya nak buat ujian darah samada saya ada denggi atau tidak..

Doakan saya lulus dengan cemerlang yur nak gie amik ujian nie...

Ayg tolonggggg b skrg..

saya sudah berjaya menyampaikan maksud di hati skrg

KEINDAHAN PAGI

Umphhh aku suka laa gambar nie..gambar nie diambil mengunakan telefon tangan berkamera yg berjenama Sony Ericson dimiliki oleh kak amy.. Tgk laa garisan di langit itu bukan senang korg nak tgk..



05 November, 2008

Sajer jer nak ucapkan terima kasih..kat my untie teh na n mummy sue for the very usefull adiah birthday saya yg ker 23 thn....Huhuh saya suka sangat adiah nie..
Nie laa maybelline Eye shadow...aku lupa laa no berapa nie yg pasti dan nyata dia ada warna hijau , biru , kuning ceria jer**dah mcm bendera laa pulak

Nie laa mak cik saya yg baik hati http://suehm-suehm.blogspot.com jengah2 laa umah dia.. hheheh mak cik saya yg spanar gorek tue xder laa pulak blog...

Apa pun terima kasih makcik2 ku..Sya sgt syg dan menghargai nyur.. Sebenarnya saya sgt x kisah besar atau tidak..mahal atau murah yg pasti hadiah tue ikhlas...

nota cinonet : humm mummy sue saya akan guna benda nie sampai abis...Mcmner buku tue dah boleee turun ker saya kan hahhahahahhhhaha

04 November, 2008

Gangguan seksual..

Apa nak jadi laa zaman sekarang nie..dah xder malu.. pakai baju mcm x pakai baju..pakai seluar mcm x pakai seluar..Ishhh dunia dah maju laa katakan.. Sebenarnya aku nak cerita laa..hari tue ada laa aku kuar ngan kawan2 aku..Jalan punyer jalan sampai letih dah laa letih pastu haus laa pulak..Mesti minum air manis2...
Tiba2 bila aku pusing dari tempat jual air tue..Subahanallah.. ada laa makluk nie selamba kambing berdiri kat tepi tmpat org lalu- lalang dgn SELUAR LONDEH SAMPAI KE LUTUT... apa gila x malukah..pastu xder pulak org nak tutup kan..Hishh arg yg lalu lalang pun tgk jer** mungkin benda free tgk laa dah kasi kan...***
Aku mintak tlg kawan aku amik kan gambar..sbb nak jadikan bukti aku x tipu korg...Hisshhh x paham aku naper org buat x tau...tgk jer laa gambar nie...
.

..

...

...
....
......
.....



............

...............

..........................



hehehehehe rupa nyur Mannequin ajer...Cepat ekk korang kalu nak tgk gambar pelik2.. Xkan laa aku gila nak amik gambar kat org betul2 kalu dia wat mcm nie...


HAHAHAHAHAAHAHAH...

03 November, 2008

Ini adalah iklan khidmat masyarakat..sila layari http://www.worldvision.com.my cerita ttg nie akan di buat pada entry yg akan datang.. ** Bzyy xder masa nak mengarang cerita tg nie sorryy
















02 November, 2008

adik ngan pu3
zariff d Ultraman Tiga
Pu3 the very cucu Opa

Airill the mat putih

ishhh...saya rindu dkt diorg sesangat nie...nak menitik air mata saya nie..Adik ,zariff , pu3 and airel..acik rindu gila nak tgk korg.. mcm nak cubit2... ni aku record masa balik cuti dulu..hehehehe zarif ngan pu3 naik atas meja main2..mentang2 Oma Ngan Opa xmarah..**Syg cucu laa katakan....Sian adik aku..selalu budak dua org nie dengki..heheheh** budak2 mana ada perasaan dengki lagi..diorg nie bersih..


01 November, 2008

KERJA KERJA


Huhuu musim datang kerja hari sabtu dan Ahad sudah bermula**Bole claim Ot hiphip horrey***...
HIsss pagi2 buta nie dah stresss..ada laa mangkuk ayun bulu panjang sebatu wat keputusan sesukahati sampai division kta org stress**sighhh**... Lupakan lahhh..
Ini laa sebahagian dari kerja aku...korg boleh tau ker apa nie... Mende alah nie setia bersama aku...arghhhh musim2 jer kan so aku x boleh byk bunyik yur...
Muka sedih duduk dalam bilik kuat??sempat lagi nak amik gambar hahhaahha..gunakan double A supaya mesin Photostat x bertukar menjadi robot...


Musim kerja yg seronok walaupun stress...makan pagi dan tghari di sponsorrr...jimat sehhh..Alhamdullilahhh bersyukur kita kepada Allah...

Itu jer nak bgtau heheheh...

31 October, 2008

Sebenarnya IEEP adalah short name kepada Islamic Enhancement Evaluation Programme atau kat opis korg mungkin dengan lebih senang Family Day...

IEEP kita org dah buat awal bulan May hari tue..saja jer aku nak letak gambor lama..dah nie jer cerita yg aku terpikir...Tahun ini kami ker Pulau kapas Terengganu... Umphhh aku x sugest laa korg tdo kat tmpt kat mana kita org booking..

Seperti biasa kami suka membuat hal sendiri ada masa jer nak join..Malas aaa kita org nak cover2 cun...Lagipun ada yg buat hal sendiri..Meh aku nak share gambo ngan korg..

Geng Bas KaHs bersedia utk bertolak ke jeti marang..wahwhah bas nie kami y punya.. xramai naik bas nie..ada yg naik kereta..kami yg bujang nie naik bas je laa..ishhh asyik2 muka kita jerkan..

Dalam Kul 12.30tgh dah ada kat jeti marang...nak ke jeti kena lalu taman mainan nie dulu..tapi kita org yg dok main2 walaupun cuaca masa tue panas yg amat...


Iyerrrr kami sudah menaiki bot laju yur bukan bot kayu mcm kat dalam gambar tue..Ciri2 keselamatan jgn dilupakan..Jaket kena pakai cos kalu ko jatuh ker apa x kuasa aku nak selamatkan dah laa aku sukahati nak duduk tepi sekaliii..Syokk tgk buih2 tue..hilang stressss...
Sudah sampai di KAPAS ISLAND RESORT hummm**not recommendation..

Iyer kami menuju ker bilik memasing..satu bilik share 2 org..Kami x boleh dipisahkan jadi diorg letak sebelah menyeblah2...Mesti diorg pikir lantak korg laa nak bising ker apa kat situ..wahhh menatang tue jadi model laaa pulak..

Kami sudah sampai disini anda bila lagi** wah dh mcm iklan..kalu bijak mana jari saya..??

humm.... Mcmner nie sangup ker??? heheheheh

Antara aktivti yg dilakukan di sana...Aku xder laa dlm gambar tue..bg laaa yg badan kecik2 main


Pose dulu sebelum kita org blah wat aktiviti groupy sendiri...miahahaahah jahat x aku..
Ini hanya lakonan semata2..pakcik kat sebelah tue tahan gelak jer...Nie masa BBQ dinner ngan bagi adiah yg semua org dapat**lu pikir laa sendiri..Sorry 2 say laa BBq dia x shedap... Ada aktiviti mencandat sotonggg..Pagi besok nyur aku tgk besar gedabak sotong yg diorg candat..terujaaaa aku sampai x amik gambar utk dijadikan bahan bukti..

Get ready nak balik...muka aku dah sunburn..tapi aku suka laa gie pantai tapi lagi suka pergi ngan suami..miahahhahaahhah..best nyur kalu dapat gie ngan kuarga nie...

Ok itu saja...sebenarnya ada byk lagi gambar coral,ikan n pemandangan disebabkan terdelete ngan x tau kat kamera sapa ekk...